Pusat Retort Temerloh — Solusi Lengkap Makanan Retort

Pusat Retort Temerloh — Solusi lengkap makanan retort. Dari produk anda ke pasaran dengan lebih mudah, selamat dan tahan lama. Dari dapur anda ke seluruh Malaysia.
Dari produk anda ke pasaran dengan lebih mudah, selamat dan tahan lama. Tempah Slot Hubungi Kami
Tentang Kami

Kenali Pusat Retort Temerloh

Papan tanda Kilang Pusat Retort Temerloh

Ada soalan? Hubungi kami

011-3915 5056
Tempah Slot

Kami membantu usahawan memproses makanan menggunakan kaedah retort supaya produk boleh disimpan lebih lama.

Pusat Retort Temerloh menyediakan perkhidmatan retort dan pensterilan makanan untuk usahawan serta pengusaha makanan. Anda boleh menggunakan packaging yang kami sediakan, atau menyediakan packaging sendiri — bergantung kepada servis yang dipilih.

  • Full service: pengisian, sealing, pouch dan proses retort.
  • Retort sahaja untuk pouch atau botol yang anda sediakan.
  • Sesuai untuk lauk siap masak, sambal, kuah, sup dan makanan siap dimakan.

Dimiliki oleh: AABAR FOOD INDUSTRIES ENTERPRISE 202303012231 (003459518-V)

Kenapa Pilih Kami?

Produk makanan yang diproses dengan retort boleh disimpan lebih lama — memudahkan anda menjual lebih jauh dan menyimpan stok tanpa risau.

Pilih sama ada mahu kami uruskan semuanya, atau proses retort sahaja.

Lihat Servis

Full Service atau Retort Sahaja

Kami isi, seal dan retort — atau proses sahaja pouch dan botol yang anda sediakan.

Servis Urgent / Same Day

Untuk retort pouch sahaja: hantar sebelum 11 pagi, kurang 300 pek, tambahan RM15.

Pelbagai Saiz

Pouch dari 30g hingga 1000g, serta botol kaca 160–200g.

6

Saiz pouch, XS1 hingga XXL

±2 hari

Proses biasa retort pouch sahaja

30g–1kg

Berat setiap pouch

9am–6pm

Isnin hingga Jumaat

Servis Kami

Perkhidmatan Retort

Full Service Retort Pouch

Pengisian makanan ke dalam pouch, sealing dan proses retort. Sesuai untuk usahawan yang mahu menyerahkan semuanya kepada kami.

dari RM1.00 / pek

Retort Pouch Sahaja

Anda sediakan makanan yang telah siap diisi dan diseal dalam retort pouch. Kami jalankan proses retort sahaja.

dari RM0.30 / pek

Packaging Pouch Retort

Pouch yang sesuai untuk proses retort dalam beberapa pilihan saiz dan kapasiti, mengikut keperluan produk anda.

XS1 30g hingga XXL 1000g

Botol Kaca — Full Service

Botol kaca sekitar 160–200g. Termasuk botol, filling, cap seal, proses retort dan tarikh luput.

dari RM2.50 / botol

Botol Kaca — Filling + Retort

Anda sediakan botol sendiri; kami isi dan jalankan proses retort.

dari RM2.00 / botol

Botol Kaca — Retort Sahaja

Anda sediakan botol dan makanan yang telah siap diisi. Kami jalankan proses retort.

dari RM1.00 / botol

Filling dan Sealing

Mengisi makanan ke dalam packaging dan membuat sealing sebelum proses retort, mengikut pakej servis yang dipilih.

Servis Urgent / Same Day

Untuk retort pouch sahaja. Makanan dihantar sebelum jam 11 pagi dan kuantiti kurang daripada 300 pek.

tambahan RM15
Senarai Harga

Harga Mengikut Kuantiti

Termasuk filling/isi makanan, sealing, pouch retort dan proses retort. Harga setiap pek.

Saiz1–10 pek11–29 pek30+ pek70+ pek200+ pek1000+ pek
XS1 · 30gRM5.00RM4.00RM2.00RM1.50RM1.30RM1.00
XS2 · 80gRM5.00RM4.00RM2.30RM1.90RM1.50RM1.20
S · 100–150gRM5.00RM4.00RM2.70RM2.50RM2.30RM1.90
L · 180–250gRM5.00RM4.00RM3.00RM2.70RM2.50RM2.00
XL · 300–500gRM5.00RM4.00RM3.50RM3.00RM2.70RM2.20
XXL · 500–1000gRM5.00RM4.00RM3.70RM3.50RM3.00RM2.50

Anda sediakan pouch retort yang telah diisi makanan dan diseal; kami jalankan proses retort sahaja. Harga setiap pek.

Saiz1–10 pek11–29 pek30+ pek70+ pek200+ pek1000+ pek
XS1 · 30gRM3.00RM3.00RM0.90RM0.80RM0.50RM0.30
XS2 · 80gRM3.00RM3.00RM1.00RM0.90RM0.70RM0.40
S · 100–150gRM3.00RM3.00RM1.20RM0.90RM0.80RM0.50
L · 180–250gRM3.00RM3.00RM1.30RM1.00RM0.90RM0.70
XL · 300–500gRM3.00RM3.00RM1.50RM1.20RM1.00RM0.80
XXL · 500–1000gRM3.00RM3.00RM1.80RM1.50RM1.20RM1.00
Servis urgent / same day: tambahan RM15.
Untuk retort pouch sahaja. Makanan perlu dihantar sebelum jam 11 pagi dan kuantiti kurang daripada 300 pek.

Full Service

Botol kaca ±160–200g. Termasuk botol, filling, cap seal, proses retort dan tarikh luput.
  • 1–10 botolRM5.00
  • 11–29 botolRM4.00
  • 30–99 botolRM3.00
  • 100–999 botolRM2.70
  • 1000 botol ke atasRM2.50

Filling + Retort

Anda sediakan botol sendiri.
  • 1–10 botolRM5.00
  • 11–29 botolRM4.00
  • 30–199 botolRM2.50
  • 200 botol ke atasRM2.00

Retort Sahaja

Anda sediakan botol dan makanan yang telah siap diisi.
  • 1–10 botolRM5.00
  • 11–29 botolRM3.00
  • 30–99 botolRM1.50
  • 100–199 botolRM1.20
  • 200 botol ke atasRM1.00

Harga bergantung kepada jenis servis, packaging, saiz dan kuantiti. Untuk sebut harga yang tepat, beritahu kami jenis servis, berat produk dan jumlah pek atau botol.

Cara Tempahan

Mudah, 4 Langkah

1
Tempah Slot

Isi borang tempahan slot, atau hubungi kami untuk sahkan tarikh dan masa penghantaran.

2
Hantar Sendiri

Bawa makanan dan packaging yang diperlukan ke premis kami. Kami tidak menerima kiriman kurier.

3
Proses Retort

Kami jalankan proses mengikut servis dipilih. Retort pouch sahaja biasanya sekitar 2 hari.

4
Ambil Sendiri

Ambil produk yang telah siap di premis kami. Tiada perkhidmatan penghantaran.

Tempah Slot Retort Anda

Pastikan slot anda sebelum menghantar makanan. Kami akan sahkan tarikh dan masa penghantaran.

Soalan Lazim

Ada Soalan?

Full Service merangkumi proses yang lebih lengkap seperti filling, sealing, packaging dan retort, bergantung kepada pakej. Untuk Retort Sahaja, anda menyediakan makanan dan packaging yang telah siap, dan kami menjalankan proses retort sahaja.

Tidak. Anda perlu menghantar sendiri makanan dan bahan/packaging ke Pusat Retort Temerloh, dan mengambil sendiri produk yang telah siap. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran.

XS1 30g, XS2 80g, S 100–150g, L 180–250g, XL 300–500g dan XXL 500–1000g.

Boleh untuk servis Retort Pouch Sahaja, tetapi pouch mestilah sesuai untuk proses retort. Untuk botol, terdapat servis Filling + Retort dan Retort Sahaja yang membolehkan anda menyediakan botol sendiri.

Tidak semestinya. Kesesuaian bergantung kepada jenis produk dan proses yang diperlukan. Yang biasanya sesuai: lauk siap masak, sambal, kuah, sup dan makanan berasaskan daging. Jika tidak pasti, hubungi kami dengan maklumat produk anda untuk semakan.

Untuk servis retort pouch sahaja, proses biasa adalah sekitar 2 hari. Tempoh servis lain bergantung kepada jenis servis dan keadaan tempahan. Servis urgent/same day juga tersedia untuk retort pouch sahaja (tambahan RM15, hantar sebelum 11 pagi, kurang 300 pek).

Sila tempah slot atau hubungi kami terlebih dahulu untuk mengesahkan tempahan dan masa penghantaran.

Tunai, pindahan dalam talian (online transfer) dan QR code.
Hubungi

Perlukan Bantuan? Hubungi Kami

Alamat

No 11, Jalan Star City 6, Bandar Star City, 28400 Mentakab, Pahang.
Belakang Mentakab Mall · Buka di Google Maps

WhatsApp

011-3915 5056

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 9 pagi – 6 petang
Sabtu, Ahad & cuti umum: tutup